Institut Reformasi Politik dan Demokrasi (REFORM) telah ditubuhkan pada tahun 2019 dengan hasrat untuk memperkukuhkan institusi dan pengamalan sistem demokrasi di Malaysia. REFORM telah didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan bergerak sebagai salah sebuah pertubuhan yang bebas dan tidak berteraskan keuntungan.
Sehingga hari ini, REFORM komited dalam menganjurkan aktiviti pemberdayaan masyarakat berkaitan demokrasi dan kewarganegaraan melalui program pendidikan, penyelidikan dan advokasi dengan matlamat untuk melahirkan generasi Malaysia yang berpengetahuan dan berfikiran matang.
REFORM percaya dengan perancangan yang baik dan berstrategi, pengamalan demokrasi yang sihat sesebuah negara mampu diterapkan kepada masyarakat. Segalanya mampu dicapai dengan program penyelidikan yang berfokus, bengkel dan wacana yang matang dan sihat serta kerjasama dan pengukuhan hubungan antara institusi, organisasi masyarakat madani dan badan bukan kerajaan.