Sesi Perkongisian Bersama Perkhidmatan Penyelidikan Kongres Amerika Syarikat

Perkhidmatan Penyelidikan Kongres Amerika Syarikat atau lebih dikenali sebagai United States Congressional Research Services (CRS) merupakan sebuah badan yang berkhidmat secara eksklusif dengan Kongres Amerika Syarikat. Antara tugas utama badan ini ialah menyediakan analisa polisi dan undang-undang yang objektif, berautoriti dan tidak berpihak untuk ahli jawatankuasa dan ahli dewan perwakilan dan dewan senat di sana.

Institut Reformasi Politik dan Demokrasi (REFORM) dengan kerjasama Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur telah mengambil inisiatif untuk menjemput Puan Colin Willet, Ketua Bahagian Asia, Bahagian Luar Negeri, Pertahanan dan Dagangan di Perkhidmatan Penyelidikan Kongres untuk berkongsikan struktur, pengurusan, penjawatan dan produk-produk Perkhidmatan Penyelidian Kongres yang digunakan dalam membantu ahli-ahli Kongres di Amerika Syarikat.

Melihatkan kepada isu-isu kompleks pada masa kini yang memerlukan analisa yang lebih komprehensif dan lebih terkehadapan, perkongsian ini adalah amat penting untuk kita melihat bagaimana amalan ini dipratikkan dan seterusnya dapat diaplikasikan di Malaysia pada masa hadapan. Perkongsian ini akan diadakan pada 20 Ogos 2021 iaitu pada hari Jumaat, jam 8 hingga 9 malam di pentas Zoom. Kakitangan Parlimen, penyelidik-penyelidik Parlimen, dan ahli-ahli Parlimen adalah amat digalakkan untuk sertai program ini.

Kepada yang berminat, anda boleh mendaftar di https://bit.ly/reformregistration

Jumpa anda di sana !

***

We warmly invite you to our Knowledge Sharing Session with the United States Congressional Research Services in August. This event will be held on 20th August 2021 (Friday) from 8:00 p.m to 9.00 p.m via Zoom platform.

Our speaker for this program is Ms. Colin Willett, the Head of Asia Section, Foreign Affairs, Defense and Trade Division, the United States Congressional Research Services.

Ms. Collin will explain the structure, administration, staffing and Congressional Research products that US Congressional Research Services employ to assist the Members of the United States Congress.

Feel free to register at https://bit.ly/reformregistration

See you there!

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin