Usul Undi Percaya atau Tidak Percaya di Parlimen

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Perdana Menteri Malaysia baru-baru ini telah menyatakan bahawa beliau akan mengemukakan Usul Undi Kepercayaan terhadap dirinya sendiri di dalam Dewan Rakyat apabila Parlimen dibuka pada bulan September 2021 nanti. Apakah itu Undi Kepercayaan atau Undi Tidak Percaya?

Buku Law, Principles and Practice in the Dewan Rakyat (House of Representatives) of Malaysia mentakrifkan Usul Undi Tidak Percaya boleh juga dikenali sebagai Undi Kepercayaan. Ahli Dewan Rakyat boleh mengemukakan satu Usul Percaya/Tidak Percaya terhadap Perdana Menteri atau Kerajaan bagi menentukan sama ada PM atau Kerajaan masih lagi mempunyai sokongan majoriti di dalam Dewan Rakyat. Peraturan Mesyuarat tidak menerangkan secara terang dan jelas berhubung Usul Percaya/Tidak Percaya tetapi Usul ini menjadi sebahagian daripada Konvensyen dan amalan penting di Westminster.

Infografik Usul Undi Kepercayaan atau Usul Undi Tidak Percaya disediakan Institut Reformasi Politik dan Demokrasi (REFORM) bagi tujuan mendidik masyarakat berhubung apa maksud, ciri-cirinya dan aturan di dalam Dewan Rakyat.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan info berkenaan program dan perkembagaan semasa berkaitan REFORM, anda boleh ikuti rapat patform media sosial yang ada.