Pembentukan Jawatankuasa Pilihan Khas (JPK)

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Pembentukan Jawatankuasa Pilihan Khas telah diperuntukkan dalam Peraturan Mesyuarat Majlis Dewan Rakyat dan Dewan Negara di dalam Parlimen Malaysia. Sistem Jawatankuasa Pilihan Khas ini bukanlah sesuatu yang asing bagi negara yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen seperti di Malaysia. 

Sejak tahun 2018, Parlimen Malaysia telah meningkatkan usaha untuk memperbanyakkan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas. Jawatankuasa Pilihan Khas ini berperanan besar bagi memastikan tindakan dan kuasa Kerajaan sentiasa dikawal melalui mekanisme semak dan imbang. 

Oleh itu, Institut Reformasi Politik dan Demokrasi (REFORM) melalui infografik sistem Jawatankuasa Pilihan Khas di Parlimen ingin mendidik masyarakat mengapa sistem Jawatankuasa Pilihan Khas di Parlimen signifikan kepada Rakyat dan bagaimana Rakyat boleh terlibat di dalam proses pembuatan undang-undang di Parlimen.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan info berkenaan program dan perkembagaan semasa berkaitan REFORM, anda boleh ikuti rapat patform media sosial yang ada.